English
 
 
Pada 28 Mac 2014, Y. Bhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah melancarkan buku Standard Specifications for Building Works 2014 sempena Mesyuarat Pengarah-pengarah JKR Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
 
Standard Specifications for Building Works 2014  atau nama singkatan Spesifikasi 2014 ini telah diterbitkan dengan kerjasama semua Cawangan Pakar dan Cawangan Pengurusan Korporat, di mana Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk dan juga selaku Urusetia.
 
Kandungan Spesifikasi 2014 ini yang menggantikan Standard Specifications keluaran 2005adalah lebih teratur dan sistematik dengan mengambilkira keperluan semasa serta perkembangan teknologi berdasarkan standard piawaian antarabangsa yang terkini.
 
Semasa pelancaran tersebut, Y. Bhg. Dato’ Sr Jaafar bin Shahidan, Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan telah menyerahkan senaskhah buku Spesifikasi 2014 kepada Y. Bhg. Dato’ Seri KPKR diikuti dengan penyerahan senaskhah buku oleh KPKR kepada kesemua Timbalan KPKR.
 
Seterusnya, Y. Bhg. Dato’ Seri KPKR telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Sr Fadzilah binti Abdul Samad, Pengarah Seksyen Pengurusan Korporat dan  Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan yang mewakili semua ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kecil Spesifikasi JKR bagi menghargai sumbangan dan kejayaan mereka dalam menghasilkan buku tersebut.
 
Akhir sekali, senaskhah buku Spesifikasi 2014 telah diedarkan kepada semua Pengarah JKR yang hadir.
 

 

Related Posts