English
Sinopsis : Semua Jurutera Awam yang berpengalaman dijemput untuk memohon pensijilan yang akan memberi penauliahan kepada Jurutera Awam yang pernah melaksanakan kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan awam (kerja sivil).
 
Pensijilan Jurutera Awam (Kerja Sivil) Kekompetenan Tahap 2, 3 & 4 (CWECL2, 3 &4)
(Civil Works Engineer Competency Level 2, 3 & 4)
 
Semua Jurutera Awam yang berpengalaman dijemput untuk memohon pensijilan yang akan memberi penauliahan kepada Jurutera Awam yang pernah melaksanakan kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan awam (kerja sivil).
 
Pensijilan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran Jurutera Awam dalam bidang rekabentuk kerja sivil yang telah diperolehi melalui pengalaman bekerja di JKR. Pengiktirafan ini adalah suatu inisiatif unutk meningkatkan keyakinan diri, jaminan tentang kebolehpercayaan dan kualiti serta kepuasan kepada pegawai-pegawai yang telah mencapai suatu tahap kebolehan yang dikagumi dan menjadi tauladan serta pakar rujuk di JKR. Ini adalah diantara usaha dan tindakan awalan jabatan untuk mengiktiraf pegawai-pegawai pakar sejajar dengan kepercayaan Kerajaan Malaysia. 
 
Semua Jurutera Awam yang berkelayakan digalak untuk mendapatkan pentauliahan ini. 
 
Tuan / puan adalah dikehendaki mengisi borang permohonan serta mematuhi syarat-syarat permohonan dan lain-lain keperluan seperti dinyatakan dalam buku panduan permohonan program pensijilan ini. 
 
Tarik permohonan dibuka: 20hb Jun 2014
 
Tarikh tutup menghantar borang permohonan serta laporan: 20hb Ogos 2014 
 
Sila klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan
Sila klik DI SINI untuk memuat turun Buku Panduan Permohonan
Sila klik DI SINI untuk memuat turun Broucher  
 
Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada pejabat Urusetia Program Pensijilan Jurutera Awam.
 
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi : 
 
Urusetia 
Program Pensijilan Jurutera Awam
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
Tingkat 15, Center Point North
The Boulevard, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra 59200 K.L
 
No. tel : 03-92354701
 

Related Posts