English

1. Satu program menjejak inovasi JKR 2013 sedang dijalankan dari 18 April 2013 sehingga 17 Mei 2013 bagi peringkat pertama. Program ini sejajar dengan Pelan Strategik JKR Tema 5- ‘organisasi berinovatif’ dan selaras dengan Dasar Inovasi JKR Strategi 1- Perubahan Minda dan Penyemaian Budaya Kreativiti dan Inovasi di kalangan penjawat JKR serta Strategi 2 – Pembangunan Inovasi di kalangan penjawat JKR.

Semua kakitangan JKR di semua peringkat adalah dijemput untuk mengemukakan inovasi atau kreativiti yang terdapat dan wujud di tempat kerja masing-masing. Program ini merangkumi tujuh (7) langkah utama iaitu Penjejakan, Penemuan, Penilaian, Pengesahan, Pengiktirafan, Pendokumentasian dan Pengkomersilan. Semua hasil inovasi akan dinilai dan diterapkan sehingga ke peringkat pengkomersilan.

2. Syarat –syarat Penyertaan seperti di lampiran UPI/GP/PJJ/01(V:1)

3. Borang penyertaan Inovasi seperti di lampiran UPI/BR/PJJ/01 (V:2)

4. Borang penyertaan ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 17 MEI 2013 (Jumaat) melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC/KPPiB/KPPiN) dan dialamatkan kepada:

Ketua Unit,
Unit Penyelidikan dan Inovasi,
Bahagian Latihan dan Penyelidikan,
Cawangan Pengurusan Korporat,               
Ibu Pejabat JKR Malaysia,                                                                                   
Tingkat 3, Menara PJD, No. 50 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

No. Fax: 03-4041 1869


5.    Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

1)    Nazatul Hazzida Bt Baharom NHazzida [at] jkr.gov.my – 03-2618 7920
2)    Nurul-Fatin Bt Man NurulFatin [at] jkr.gov.my – 03-2618 7915

Related Posts