English

Seminar ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Dato’ Seri Ir. Mohd Noor Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya. Turut mengiringi Y.Bhg Dato’ adalah Y.Bhg Dato’ Ir. Dr. Abdul Aziz Hj. Arshad, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan (CKASJ) dan En. Kamaluddin Abdul Rashid, Pengarah (Khidmat Pakar), Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan.

Tujuh (7) penceramah jemputan dari dalam dan luar negara telah dijemput untuk membentangkan hasil penyelidikan dan aplikasi ‘Foamed Concrete’ ini. Penceramah-penceramah tersebut adalah Prof. Dr. Martyn Roderick Jones (Dekan Fakulti Kejuruteraan, Fizik dan Matematik, University of Dundee, United Kingdom), Mr. Abu Saleh Mohammod (Pengurus Teknikal & Pembangunan Perniagaan, Xtramix Concrete Solution, United Arab Emirates), Prof. Ir. Dr. Muhd Fadhil Nuruddin (Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Petronas), Dr. Maziah Mohammad (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Forensik (Struktur & Jambatan) CKASJ, IPJKR), Prof. Madya Dr. Lee Yee Loon (Felo Prinsipal RECESS Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), Prof. Madya Dr. Hamidah Mohd Saman (Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara) dan Dr. Ubagaram Johnson Alengaram (Pensyarah Kanan, Universiti Malaya).

Seramai 130 orang peserta terdiri daripada warga JKR, pensyarah, pemain industri swasta dan pelajar universiti tempatan telah hadir dalam seminar ini. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menjadi platform bagi jurutera tempatan berbincang dan menilai potensi penggunaan ‘Foamed Concrete’ di Malaysia. Penggunaan ‘Foamed Concrete’ dalam kerja-kerja kejuruteraan telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutamanya bagi keadaan di mana konkrit biasa tidak dapat memenuhi keperluan kejuruteraan yang diperlukan. Ini kerana ‘Foamed Concrete’ tidak memerlukan pemadatan dan boleh dialirkan dengan mudah untuk memenuhi ruang yang terhad atau rongga yang tidak sekata.

Ahli Jawatankuasa dari JKR yang terlibat mengendalikan seminar ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Forensik (Struktur & Jambatan), Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan (CKASJ) dan Bahagian Latihan & Penyelidikan (BLP), Cawangan Pengurusan Korporat (CPK).

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts