English

YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad bin Husin mula berkhidmat di JKR pada 2 Ogos 1977 dan pada tahun 2013 ini genaplah perkhidmatan beliau selama 36 tahun di JKR.

Beliau dikenali di kalangan kakitangan JKR sebagai seorang pemimpin yang low profile serta tegas dalam membuat keputusan. YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad bin Husin sentiasa menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk sama-sama turun padang bagi menyelesaikan segala masalah dalam menyiapkan projek pembangunan. Ungkapan-ungkapan seperti passionate, wisdom, balancing, timeliness dan sense of urgency sering diungkapkan oleh beliau dalam membantu pasukan projek untuk mencapai matlamat projek.

Beliau tidak pernah berputus asa walaupun telah melalui pelbagai dugaan, cabaran dan insiden dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab. Sesungguhnya beliau merupakan ikon pemimpin yang perlu diteladani dan dijadikan sumber inspirasi untuk seluruh organisasi JKR.

Dengan ini Jabatan Kerja Raya merakamkan sekalung syabas dan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad bin Husin di atas perkhidmatan yang cemerlang. Jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan sumbangan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad bin Husin selama 36 tahun dengan Jabatan. Selamat maju jaya dan selamat menempuh kehidupan baru di alam persaraan.

“JASAMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNG”

Related Posts