English
Allahyarham Datuk Seri Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar, Ketua Pengarah Kerja Raya Yang Ke-11 (dari 7 Jun 2005 sehingga 30 April 2007) telah meninggal dunia pada hari ini, 28 Julai 2015 lebih kurang pada jam 4.00 petang pada usia 64 tahun.  


Jenazah Allahyarham Datuk Seri boleh dilawati di rumah beliau di alamat  No. 172, Jalan Permata 3, Taman Permata, Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham Datuk Seri akan disolatkan selepas waktu Maghrib di Surau Taman Permata dan akan dikebumikan selepas waktu Isyak di Tanah Perkuburan Keramat AU5.

 
Allahyarham Datuk Seri telah berkhidmat dalam Jabatan Kerja Raya antaranya sebagai Pengarah JKR Pahang, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II,  Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya pada tanggal 7 Jun 2005 merangkap Presiden Lembaga Jurutera Malaysia. 
 
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Datuk Seri. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh.
 

Related Posts