">Deskripsi
1. | Secara umumnya, Logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR). |
2. | Bermula dari bawah, garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol kerja membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang dinamik. |
3. | Garisan yang berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan. |
4. | Garisan lurus berwarna hitam di atas garisan berbentuk arch melambangkan penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara. |
5. | Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. |
Warna
1. | Kuning melambangkan kedewasaan jenama JKR sebagai salah sebuah organisasi yang tertua diwujudkan dan mencerminkan imej yang matang dalam mencapai objektifnya. |
2. | Hitam melambangkan kekuatan / kesatuan yang berkualiti dari cawangan - cawangan didalam organisasi JKR yang diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan. |
3. | Kelabu melambangkan wujudnya nilai - nilai murni modal insan di dalam memberi perkhidmatan. |
Kod Warna
1. | Kuning | Autofinish Golden Yellow | ICI 456 |
2. | Hitam | Autofinish Black | ICI 122 |
3. | Kelabu | Autofinish Admiralty | ICI 105 |
- 8269 reads