Malay
Untuk makluman Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
JKR sekali lagi melakarkan nama dalam siri pameran-pameran Inovasi di mana pada Ekspo 26th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2015 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 21 - 23 Mei 2015, dimana produk-produk JKR sekali lagi diiktiraf oleh Panel Juri Penilai.
 
Daripada sepuluh (10) produk inovasi JKR Malaysia yang dipamerkan dan dipertandingkan, dua (2) produk memenangi Gold Award, tiga (3) produk memenangi Silver Award dan lima (5) produk lagi memenangi Bronze Award.
 
Tahniah kepada semua urusetia dan semua peserta yang terlibat. Diharap semoga usaha yang berterusan ini mendapat hasil yang bermanfaat untuk JKR secara keseluruhannya.
 
Kejayaan ini adalah hasil usaha yang dilaksanakan oleh para pencipta yang terdiri di kalangan kakitangan JKR dengan kerjasama Cawangan Latihan dan Inovasi JKR. Seluruh warga JKR mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan ini. Berikut merupakan butiran pemenang:
 
Bil  Nama Inovasi  Pejabat Yang Menghasilkan  Ketua Perekacipta  Medal 
 1. Dr.SEM (Signboard Easy Maintenance)  JKR PULAU PINANG  En. Vigneswaran A/L Suppiah GOLD 
 2. SUPERPATCH  JKR PAHANG   En. Othman Bin Ismail GOLD 
 3. TONGUE N GROOVE DRAIN (T&G DRAIN)  JKR TERENGGANU  En. Mohd Norhisham Bin Ismail  SILVER 
 4. TRAFFIC SIGNALLING SYSTEM-LED DISPLAY  JKR SELANGOR  Ir. Mohd Firdaus Bin Ismail  SILVER 
 5. JKR BP HAMMER (MULTI-PURPOSED HAMMER)  JKR JOHOR  Hj. Azman Bin Muiran  SILVER 
 6. MEDIAN NIGHT REFLECTOR POST  JKR PERAK  En. Saifol Bahri Bin Shaari  BRONZE 
 7. PJD (PONTIAN JACK DOOR)  JKR JOHOR  En. Junaidy Bin Esa  BRONZE 
 8. CAMBOARD  JKR JOHOR  En. Omar Bin Matek  BRONZE 
 9. RATOL (RATES ONLINE & RATES PREDICTION MODEL)  CKUB  Sr. Husnan Bin Hussin   BRONZE
 10. DF-TOOL  CAWANGAN ARKITEK  Dr. Nor Shahrene binti M. Ibrahim  BRONZE 

Related Posts


Date: Monday, May 25, 2015