Date: Thursday, January 18, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ab Hamid bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan yang ditempatkan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 19 Januari 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 2 Mei 1982 dan ditempatkan di Bahagian Jalan, JKR Negeri Kelantan sebagai Jurutera Sangkut. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti JKR Jajahan Machang, Kelantan (1986 – 1993), JKR Negeri Terengganu (1993 – 1997), Unit Struktur, IP JKR Malaysia (1997 – 1999), Unit Khas, Kementerian Kewangan Malaysia (1999 – 2000), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2001 – 2005), JKR Daerah Batu Pahat, Johor (2005), Unit Kejuruteraan, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (2005 – 2006), Unit Forensik, Cawangan Pakar dan Kejuruteraan Awam (2006 – 2007), Unit Rekabentuk Jalan, Cawangan kejuruteraan Geoteknik dan Jalan (2007 – 2010), Cawangan Kerja Kesihatan (2010 – 2016) sebelum ditukarkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula 10 November 2016 sehingga bersara wajib pada 19 Januari 2018.

Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1997 (JKR Negeri Terengganu) dan 2014 (Cawangan Kerja Kesihatan).

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.