Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Majlis Penyerahan projek siap Kerja Pembaikan Cerun Runtuh Dan Kerja – Kerja Berkaitan Di Institut Latihan Kemas Kuala Lumpur (ILKKL), Kuala Lumpur telah diadakan bertempat di Institut Latihan Kemas Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Tuan Haji Abdul Rahim Omar Baki, Pengarah Bahagian Latihan Dan Pembangunan Profesional, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang disaksikan oleh Encik Ahmad Farihan Bin Sudirman dari Cawangan Senggara Fasilti Bangunan (CSFB) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Puan Sharifah Begum Arabjan, Pengetua, Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur.
Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan dengan pencapaian 3 dalam 1 yang merangkumi:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing);dan
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR dan kontraktor utama di atas kejayaan menyiapkan projek ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pelanggan di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 83 reads