Date: Wednesday, February 7, 2018

Pada 30 Januari 2018 (Selasa) bertempat di Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE) Alor Gajah, Melaka telah berlangsung Mesyuarat  Persediaan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Projek-Projek Kerajaan. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid.

Mesyuarat ini diadakan susulan daripada pembentangan Inisiatif Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Semua Projek Di Bawah Agensi Kerajaan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) Bil. 2/2017 pada 27 November 2017 yang lalu oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) yang mana YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah meminta semua kementerian dan agensi supaya melaksanakan pengurusan risiko di setiap kitar hayat projek.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada kesemua kementerian dan agensi selain daripada warga JKR sendiri. Objektif utama mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai amalan pengurusan risiko projek untuk memastikan risiko kritikal dikenalpasti dan dirawat di peringkat awal.

Sebanyak empat (4) kertas pembentangan telah dibentangkan oleh speaker - speaker jemputan iaitu :-

  1. Sr. Dr. Marina binti Musa (Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia);
    Tajuk : PENGURUSAN RISIKO ORGANISASI DI JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
  1. Ir. Hj. Yaakob bin Abdul Latif (Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR Malaysia);
    Tajuk : PENGURUSAN RISIKO PROJEK - SATU PILIHAN ATAU SATU KEMESTIAN?

     
  2. Ir. Mohd Mukhlis Jaya bin Abdullah; (Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR Malaysia);
    Tajuk : RISK MANAGEMNET IN PROJECT INITIATION

     
  3.  Pn. Sarimah binti Ahmad; (Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR Malaysia);
    Tajuk : PERANAN JKR DALAM PERLAKSANAAN PROJEK PPP DI BAWAH UKAS

Acara yang dinanti – nantikan iaitu pelancaran Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Projek-Projek Kerajaan juga turut berlangsung dan gimik pelancaran telah disempurnakan oleh TKPKR (Sektor Bangunan). Garis panduan dalam format PDF ini boleh dimuat turun di LINK BERIKUT:

https://jpedia.jkr.gov.my/images/c/c8/Garis_Panduan_Pengurusan_Risiko_Projek_Bagi_Projek_Kerajaan_Versi_1.0_2018.pdf 

Sejuta penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Projek-Projek Kerajaan ini secara langsung atau tidak langsung. Besarlah harapan agar dengan penganjuran mesyuarat ini menjadi titik tolak pembudayaan pengurusan risiko dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan selepas ini.