Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia sejak 100 tahun yang lalu. JKR telah menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang lebih baik untuk kehidupan seharian. JKR juga bertanggungjawab dalam membina jalan sebagai salah satu cara untuk berhubung yang mana ia merupakan pemangkin utama dalam pembangunan sosio ekonomi negara. Selain itu JKR juga bertanggungjawab menyediakan air yang bersih dan selamat untuk mewujudkan warga yang bersih dan sihat. Dalam usaha membangunankan Negara, aspek seni bina yang melambangkan warisan dan budaya rakyat Malaysia tidak pernah dilupakan. Justeru itu, beberapa bangunan yang dibina telah diterima sebagai mercu tanda Negara kita. JKR dengan ini berbangga menjadi penyumbang dalam pembanguanan Malaysia.


Bagaimana ia bermula….                                                                            
                                                                                                                
Hugh Low Street, Ipoh
Jabatan Kerja Raya ditubuhkan pada tahun 1872 dan diketuai oleh Major J.F.A McNair.
Peristiwa yang menyebabkan penubuhan JKR bermula pada awal tahun 1872 apabila pihak British East India Company - dagangan di antara England, India, dan China - memerlukan sebuah stesen yang selamat untuk memperbaiki kapal-kapal dagangan mereka. Mereka menemui Pulau Pinang sesuai untuk tujuan tersebut disebabkan kedudukannya yang strategik. Pada 1786, mereka memujuk Sultan Kedah untuk melepaskan hak ke atas Pulau Pinang kepada syarikat mereka. Mereka berjaya mendapat Pulau Pinang pada 1791 melalui satu perjanjian. Pada 1825, melalui Anglo-Dutch Treaty, Melaka dikembalikan kepada British melalui pertukaran dengan Bencoolen. Rafel, pada 1819, membuat satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman untuk memberi hak British ke atas Singapura. Tiga buah daerah ini (Pulau Pinang, Melaka, Dan Singapura) menyebabkan penubuhan Straits Settlement pada 1826.

Sebab lain yang membawa British menguasai rantau ini adalah kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil bijih timah dan tanah penanamannya yang subur . Penurapan jalan sewaktu Pangkor Engagement (1874) menambahkan lagi pengaruh Inggeris dalam Tanah Melayu. Sepanjang tahun ini, mereka merancang untuk membina laluan berturap termasuk di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Oleh yang demikianm, residen dan Subordiante Officers dihantar untuk berunding dan menasihati raja-raja Melayu. Selepas itu, sistem residen diterima pula di Pahang. Pada tahun 1896, sistem itu telah ditadbir secara berpusat iaitu di Kuala Lumpur. Kesemua empat negeri dan Kuala Lumpur akhirnya dikenali sebagai Tanah Melayu Bersekutu.