Date: Wednesday, January 24, 2018

Majlis menghargai jasa bakti YBhg. Sr Ratna binti Haji Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Hamizan bin Mohd Inzan, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan telah diadakan pada 24 Januari 2018, jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya, diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Haji Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Pegawai-Pegawai Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR serta Pegawai-Pegawai Kanan JKR.

Majlis dimulakan dengan persembahan multimedia tetamu yang diraikan iaitu YBhg. Dato’ Ir. Hj. Hamizan bin Mohd Inzan dan disusuli pula persembahan multimedia YBhg. Sr Ratna binti Haji Mahyuddin. Seterusnya, tibalah acara yang dinantikan, iaitu ucapan oleh tetamu - tetamu yang diraikan. Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, dan disusuli dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu – tetamu yang diraikan.

Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada YBhg. Sr Ratna binti Haji Mahyuddin dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Hamizan bin Mohd Inzan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan selama berkhidmat bersama JKR. Terima kasih daripada kami, warga kerja JKR Malaysia!