KUALA LUMPUR-Bengkel Spesifikasi Keperluan Sistem (SRS) fasa Pembinaan dan Serahan berlangsung selama tiga hari bermula 8 sehingga 10 Oktober 2019 di Dewan Seminar Citrus, Tingkat 18 Menara PJD. Bengkel dimulakan dengan kata aluan daripada Ketua Pasukan Projek J10 dan diikuti taklimat oleh Ketua Pembangunan Sistem Projek ICT J10. Bengkel disertai Subject Matter Expert (SME) daripada Cawangan Dasar Pengurusan Korporat, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Pasukan Projek Khas 2, Cawangan Kerja Pendidikan, Cawangan Jalan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Cawangan Kerja Bangunan Am 1. Turut hadir SME daripada JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Unit JKR KESEDAR, JKR Negeri Sembilan, JKR Negeri Johor, JKR Pulau Pinang serta JKR Negeri Kelantan. Bengkel bertujuan membincangkan spesifikasi sistem fasa Pembinaan dan Serahan bagi tujuan pembangunan sistem aplikasi J10. Terima kasih untuk semua peserta yang hadir.

Share This Post:

j10_admin


Related Posts