KUALA LUMPUR – 3hb April 2019 Bengkel Kajian Keperluan Sistem (SRS) Sistem J10 bagi Modul Pra Kontrak - Fasa Perolehan bagi hari kedua dijalankan. Bengkel ini telah diadakan di Blok G, Menara Kerja Raya dengan kehadiran Subject Matter Expert (SME) daripada Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB), Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM)

Bengkel yang berjaya berlangsung selama 2 hari ini bakal berakhir pada hari esok. Bengkel spesifikasi ini bertujuan untuk memperincikan proses keperluan bisnes sebelum memulakan pembangunan Sistem J10 Modul Fasa Perolehan. Seramai 28 orang SME hadir memberikan pelbagai input sepanjang bengkel berlangsung. Setiap input yang disampaikan bakal membantu Pasukan Projek J10 menghasilkan sistem yang telus serta sistematik untuk warga KKR & JKR. Tahniah dan terima kasih buat semua SME yang menghadirkan diri dalam menjayakan sesi bengkel ini.

 

Share This Post:

j10admin


Related Posts