KUALA LUMPUR – 2hb April 2019 Bengkel Kajian Keperluan Sistem (SRS) Sistem J10 bagi Modul Pra Kontrak - Fasa Perolehan. Bengkel ini telah diadakan di Blok G, Menara Kerja Raya dengan kehadiran Subject Matter Expert (SME) daripada Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB), Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM)

Bengkel yang bakal berlangsung selama 3 hari ini merupakan susulan daripada Bengkel Kajian Keperluan Bisnes (BRS) yang telah berlangsung pada 6hb dan 7hb Mac 2019 yang lalu. Spesifikasi ini bertujuan untuk memperincikan proses bisnes sebelum memulakan pembangunan Sistem J10 Modul Perolehan. Format perjalanan bengkel adalah berdasarkan kepada sesi taklimat, percambahan fikiran serta ulasan dan penerimaan oleh SME ke atas dokumen tersebut. Jumlah SME yang telah memberikan input dalam bengkel ini adalah seramai 27 orang pegawai JKR dari Ibu Pejabat JKR. Syabas ke atas keperihatian semua SME dalam menjayakan sesi bengkel ini.

Share This Post:

j10admin


Related Posts