KUALA LUMPUR –Latihan Docuware Train The Trainer telah diadakan di Bilik Gerbang ICT, Blok B, Kementerian Kerja Raya. Latihan berlangsung dua hari berturut-turut bermula 25hb hingga 26hb April 2019. Latihan ini merupakan lanjutan dari siri pertama yang telah diadakan pada 19hb hingga 20hb Disember 2018 Objektif latihan ini adalah melatih pengguna mahir (expert users) fungsi-fungsi eCOMs versi terkini. Melalui Projek J10, platform eCOMs telah dikemaskini (upgrade) menggunakan aplikasi Docuware versi terkini iaitu versi 6.12. Versi ini telah ditambah baik menggunakan antara muka (interface) yang lebih mudah. Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir iaitu dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu,Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Cawangan Kerja Kesihatan, Cawangan Kerja Keselamatan, Cawangan Geoteknik dan Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga.

Share This Post:

j10admin


Related Posts