KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program ICT Jabatan Kerja Raya (JKR) J10 bagi Bil 2/2019 telah diadakan pada 16 Mei 2019 di Bilik Mesyuarat Dahlia, Aras 3, Blok A, Kementerian Kerja Raya (KKR). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Ir. Redzuan Jaafar selaku Ketua Pasukan Projek J10 telah membentangkan status kemajuan terkini Projek J10. Selain itu, terdapat juga pembentangan Kajian Keperluan Bisnes (BRS) dan Spesifikasi Keperluan Sistem  (SRS) Fasa Perolehan oleh pihak SAPURA. Mesyuarat telah menerima laporan BRS dan SRS Fasa Perolehan tersebut bagi tujuan pembangunan seterusnya.

Share This Post:

j10admin


Related Posts