KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek ICT J10 Bil. 2/2019 telah diadakan pada 7hb Mei 2019 di Bilik Mesyuarat Nilam 1,Aras1, Blok G, Menara Kerja Raya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) selaku Pengarah Projek. Mesyuarat dihadiri oleh Pengurusan Kanan Cawangan-Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Subject Matter Expert (SME) dari Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Cawangan Arkitek, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), Cawangan Kerja Pendidikan,  Cawangan Kerja Keselamatan, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga serta Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat.

Mesyuarat telah mendengar pembentangan status terkini pelaksanaan Projek ICT J10 merangkumi Business Requirement Specification (BRS) dan System Requirement Specification (SRS) Fasa Perolehan. Juga makluman dan penerangan Enterprise Architecture (EA) Draf final Report serta perkara-perkara berkaitan Projek ICT J10.

Share This Post:

j10admin


Related Posts