KUALA LUMPUR -  Sesi Demo ke atas Modul Perunding dalam sistem J10 kepada Subject Matter Expert (SME) telah diadakan di Menara Kerja Raya pada 24 April 2019. Ianya merupakan sesi review ke atas pembangunan modul berkenaan dan akan diambil kira untuk sesi User Acceptance Test (UAT) kelak.Y.Berusaha Tuan Ir Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) merangkap Chief Information Officer (CIO) JKR turut bersama menghadiri sesi pembukaan demo tersebut yang turut disertai oleh SME daripada Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik , Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Cawangan Jalan dan Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur & Pengangkutan. Secara prinsipnya, pembentangan modul tersebut telah diterima oleh SME bagi tujuan tindakan pembangunan seterusnya ke arah UAT. Terima kasih di atas penglibatan aktif semua SME dalam menjayakan Sesi Demo Modul Perunding bagi sistem J10 kali ini.

Share This Post:

j10admin


Related Posts