KUALA LUMPUR - User Acceptance Test (UAT) #1 bagi Modul Perunding telah diteruskan untuk hari kedua pada 14hb Mei 2019 di Bilik Gerbang ICT, Tingkat 4, Blok B, Kementerian Kerja Raya (KKR). Terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama Subject Matter Expert (SME) dari Cawangan Arkitek, Cawangan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal serta Cawangan Kontrak & Ukur Bahan. Turut hadir menjayakan program ini, Pasukan Projek J10 dan pihak Sapura. UAT #1 Modul Perunding ini merupakan sambungan daripada UAT #1 yang telah dijalankan pada 13hb Mei 2019 bertujuan menguji Modul Perunding Aplikasi J10 yang telah dibangunkan. Pembangunan Aplikasi J10 adalah berdasarkan hasil input dan pengesahan SME semasa Business Requirement Study (BRS) danSystem Requirement Specification (SRS) dijalankan sebelum ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Tags:

Tags:Exclusive

Share This Post:

j10admin


Related Posts