KUALA LUMPUR - User Acceptance Test (UAT) #1  bagi Modul Perunding Aplikasi J10 telah dilaksanakan di Bilik Gerbang ICT, Tingkat 4, Blok B, Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 13hb Mei 2019. Syabas dan terima kasih di atas kerjasama dan kehadiran Subject Matter Expert (SME) dari Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur & Pengangkutan, Cawangan Kejurutreraan Geoteknik, Cawangan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal serta Cawangan Kontrak & Ukur Bahan. Turut hadir Pasukan Projek J10 dan Sapura bagi menjayakan UAT #1. Pembangunan Aplikasi J10 merupakan hasil daripada input dan pengesahan SME semasa Business Requirement Study (BRS) dan System Requirement Specification (SRS) yang telah dijalankan sebelum ini. Objektif UAT #1 ini bertujuan menguji Modul Perunding Aplikasi J10 yang telah dibangunkan.

    1. Share This Post:

      j10admin


      Related Posts