Cawangan Cerun

Cawangan Cerun

Dihantar pada

Cawangan Cerun

Cawangan cerun ditubuhkan pada 2 Februari 2004. Ini merupakan satu penambahan kepada 13 cawangan yang terdapat di ibu pejabat dan ia merupakan salah satu sektor daripada Sektor Infrastruktur.

Untuk keterangan lanjut mengenai cerun sila klik di sini.

Matlamat

Kami sedang berusaha untuk menuju ke arah dua matlamat utama :-

Mengurangkan risiko dan kecelakaan yang disebabkan oleh tanah runtuh.
Menggunakan kewangan dan sumber manusia dengan berkesan di dalam kerja-kerja membaiki cerun dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Objektif

Untuk mencapai matlamat kami akan :-

Membentuk keselamatan cerun dan polisi pengurusan yang proaktif.
Membangunkan keselamatan cerun dan sistem pengurusan.
Menentukan kriteria untuk mengenal pasti tahap risiko 'tidak boleh diterima' dan 'boleh diterima secara umum'.
Meningkatkan piawai keselamatan untuk cerun.
Meningkatkan kesedaran orang awam tentang bahaya cerun.

Strategi

Berikut adalah strategi-strategi yang kami guna untuk mencapai matlamat dan objektif kami :-

Peraturan dan kawalan pembangunan lereng bukit.
Rekabentuk keselamatan cerun dan sistem pengurusan berdasarkan prinsip pengurusan risiko.
Memperkenalkan kawalan pembangunan yang baru.
Retrofit (memasang elemen baru atau memperkukuhkan) dan menyenggara cerun yang sedia ada.
Sentiasa berjaga-jaga atau bersedia untuk kecemasan.

Hubungi Kami

Y. Bhg. Dato' Ir. Dr. Ashaari Bin Mohamad
PENGARAH CAWANGAN CERUN
Tel : 03-26967350
slopes@jkr.gov.my

Noraini Binti Shamsudin
PEMBANTU KHAS PENGARAH CAWANGAN CERUN
Tel    : 03-26967351
Faks : 03-26927017 
NorainiSham@jkr.gov.my