Melayu

ANUGERAH ‘CERTIFIED LOW CARBON COMPUTING FACILITY’ TAHAP PLATINUM UNTUK PUSAT DATA HIJAU JKR.

JKR pada hari ini telah menerima anugerah ‘Certified Low Carbon Computing Facility’ tahap Platinum untuk pusat data hijau JKR.Penghargaan ini akan disampaikan oleh En. Matthew Rajendra, Pengarah Serantau Green Computing Initiative (GCI) dalam Majlis Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2015 yang telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz, KKR.

Untuk makluman, persijilan ‘Certified Low Carbon Computing Facility’ yang bertaraf antarabangsa ini diwujudkan untuk mengesahkan bahawa sesebuah organisasi telah melaksanakan amalan terbaik infrastruktur ICT berteknologi hijau. Penerima anugerah perlu melaksanakan iltizam untuk mengurangkan ‘Carbon Footprint’ Infrastruktur ICT dan penggunaan tenaga yang ketara dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. 

Dalam konteks ini, JKR telah berjaya mengurangkan ‘Carbon Footprint’ Pusat Data Jabatan sebanyak 50% dan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 50% berbanding dengan pusat data lain yang serupa dari segi saiz dan keupayaan, berdasarkan pengauditan yang dilaksanakan oleh pihak GCI bermula  pada 8 September sehingga 22 September 2015 yang lalu.

Ini adalah satu pencapaian yang besar dan memberi sumbangan penting kepada komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan untuk inisiatif teknologi hijau dan pengurangan ‘Carbon Footprint’ di Malaysia. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengiktirafan ini.

 

Related Posts


Date: Jumaat, Oktober 23, 2015