Melayu

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR MALAYSIA 2015 SEMPENA HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2015

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 6-7 Oktober 2015 (Selasa-Rabu), Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) akan dipertandingkan selain daripada Anugerah Inovasi JKR.  

3.    Sehubungan itu, Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Malaysia 2015 dengan mengisi borang penyertaan seperti yang disediakan pada garis panduan yang dilampirkan bersama-sama surat ini. Perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah ditarik kepada beberapa peraturan baru penyertaan pada tahun ini seperti berikut:

i)    Semua borang penyertaan KIK daripada pejabat Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada pihak urus setia iaitu Bahagian Penyelidikan & Inovasi (BPI), Cawangan Latihan & Inovasi JKR selewat-lewatnya (empat belas)  14 hari daripada tarikh surat ini ditandatangani. 

ii)    Manakala, laporan ringkas hendaklah sampai kepada pihak urus setia sebelum 15 Jun 2015 (Isnin). 

iii)    Laporan lengkap bagi setiap kumpulan hanya perlu dikemukakan oleh kumpulan yang melepasi  saringan dan layak ke peringkat akhir pada hari Konvensyen KIK sahaja.

iv)    Semua KIK hendaklah membaca garis panduan (klik di sini) yang disertakan untuk keterangan lanjut berkenaan keperluan penyertaan Konvensyen KIK ini.

4.    Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Related Posts