Melayu

MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN ISTIMEWA JABATAN KERJA RAYA TAHUN 2015

Majlis Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2015 telah diadakan pada 23 Oktober 2015, Jumaat, jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz, KKR bagi meraikan kakitangan Jabatan Kerja Raya yang telah meraih kejayaan serta telah mengharumkan nama Jabatan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa bagi tahun 2014 dan 2015. Anugerah ini juga sebagai suatu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada warga JKR di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai kakitangan jabatan, baik dalam menjalankan tugas rasmi mahupun penglibatan aktif di dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan.Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 276 penerima Anugerah Pencapaian Istimewa yang terdiri daripada kategori Bidang Akademik, Bidang Professional/ Persijilan Kekompetenan, Bidang Sukan, Bidang Sosial/ Kebudayaan dan bidang lain yang relevan dengan peningkatan prestasi kakitangan dan jabatan. 

Majlis dimulakan jam 10.00 pagi dengan Ucapan dari Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan bin Mohamed Hussain. Majlis diteruskan dengan Pelancaran Dokumen Pengurusan Sumber Manusia JKR Malaysia. Dokumen tersebut terdiri daripada : 

a) Model dan Kamus Kompetensi Untuk Kumpulan Pelaksana

b) Dasar Pengambilan JKR

c) Dasar Penilaian Pencapaian dan Pengurusan Prestasi JKR

d) Dasar Ganjaran, Penghargaan dan Anugerah JKR

e) Garis Panduan dan Tatacara Perjalanan Tugas Rasmi Ke Luar Negara 

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah ‘Certified Low Carbon Computing Facility’ tahap Platinum untuk pusat data hijau JKR. Penghargaan ini disampaikan oleh En. Matthew Rajendra, Pengarah Serantau Green Computing Initiative (GCI) kepada YBhg. Datuk KPKR.Persijilan ‘Certified Low Carbon Computing Facility’ yang bertaraf antarabangsa ini diwujudkan untuk mengesahkan bahawa sesebuah organisasi telah melaksanakan amalan terbaik infrastruktur ICT berteknologi hijau. Penerima anugerah perlu melaksanakan iltizam untuk mengurangkan ‘Carbon Footprint’ Infrastruktur ICT dan penggunaan tenaga yang ketara dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. 

Majlis seterusnya dengan Upacara Penyampaian Anugerah Pencapaian Istimewa oleh YBhg Datuk KPKR kepada seramai 276 penerima Anugerah Pencapaian Istimewa yang terdiri daripada kategori Bidang Akademik, Bidang Professional/ Persijilan Kekompetenan, Bidang Sukan, Bidang Sosial/ Kebudayaan dan bidang lain yang relevan dengan peningkatan prestasi kakitangan dan jabatan.Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

 

 

Related Posts


Date: Jumaat, Oktober 23, 2015