Bagaimana hendak menyampaikan aduan kepada JKR Malaysia

Saluran aduan kepada JKR Malaysia adalah seperti berikut:

Tel :1 300 888 557
SMS : JKR < aduan anda> dan hantar kepada 32728
E-mel : aduan [at] jkr.gov.my
FB : http://facebook.com/jkr.malaysia
Twitter : http://twitter.com/jkr.malaysia

 

 

Berapa lama tempoh masa tindakan setelah aduan dibuat ?

Pengurusan aduan dibawah tanggungjawab JKR Malaysia akan dilaksanakan dalam tempoh masa seperti berikut:

Akuan penerimaan aduan  1 hari
Maklum balas terhadap aduan  7 hari
Penutupan aduan  2 bulan

 

Apakah kategori jalan-jalan dibawah seliaan JKR Malaysia?

Kategori Jalan dibawah seliaan JKR Malaysia adalah Jalan Persekutuan, Jalan ke Kawasan Industri dan Tanah Rancangan, Jalan Negeri

Manakala Jalan Lebuhraya dibawah seliaan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Jalan Bandaran dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Adakah JKR Malaysia mengadakan hari bertemu pelanggan?

Hari bertemu pelanggan dibuat sebulan sekali di Kementerian Kerja Raya.

Bagaimana sekiranya saya ingin memberikan cadangan atau pertanyaan di dalam aduan JKR?

Pihak JKR Malaysia sedia menerima sebarang cadangan dan pertanyaan untuk penambahbaikan.

Bagaimana saya ingin mendaftar sebagai Rakan JKR?

Anda boleh klik pada ikon Rakan JKR di laman utama portal rasmi JKR kemudian klik pada Daftar dan isikan butiran anda dengan lengkap. Kemudian pihak kami akan menyemak butiran anda. Selepas itu, barulah satu email pengesahan daripada pihak kami akan dihantar ke email anda, dan anda boleh Log In sebagai Rakan JKR.

Apakah jenis aduan yang biasa diterima oleh JKR Malaysia?

Aduan berkaitan dengan perkara seperti berikut:

   i.    Bangunan Kerajaan, Bangunan Sekolah, Kuaters Kerajaan, Kompleks Kerajaan
   ii.   Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Kerosakan Jalan, Peralatan Keselamatan Jalan, Cerun, Lampu Isyarat dan Lampu Jalan

Bagaimana aduan yang BUKAN dibawah tanggungjawab JKR Malaysia dilaksanakan?

Pengurusan aduan bukan dibawah tanggungjawab JKR Malaysia (No Wrong Door Policy) akan dilaksanakan dalam tempoh seperti dibawah:

 Akuan penerimaan aduan  1 hari
 Maklum Balas terhadap aduan 14 hari

 

Bagaimanakah saya hendak menyemak status aduan saya?

Semakan status aduan yang didaftarkan dalam portal JKR Malaysia boleh disemak secara online melalui laman web rasmi atau berhubung terus dengan pegawai aduan yang bertanggungjawab.

Adakah aduan untuk JKR Sabah dan JKR Sarawak dibawah seliaan JKR Malaysia?

JKR Sabah dan JKR Sarawak BUKAN dibawah JKR Malaysia tetapi dibawah seliaan JKR Negeri masing-masing.

Adakah maklumat pengadu yang diberikan selamat?

Butiran maklumat pengadu adalah dirahsiakan.