Inggeris
 
 

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

 
Alhamdullilah dengan izin dan limpah rahmat-Nya, warga JKR dapat menyambut kedatangan bulan Syawal 1436H setelah menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. 
 
Ramadhan mengajar kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah yang diusahakan. Semoga ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan kita terus istiqamah dalam ibadah pada masa akan datang.
 
Amalan zakat dan bersedekah yang subur di bulan ini juga menjadikan kita insan yang lebih prihatin untuk membantu mereka yang dilanda kekurangan serta kesempitan hidup. Semoga amalan bantu membantu ini terus menjadi amalan yang sebati dalam kehidupan seharian kita di mana sahaja.
 
Sempena Aidil Fitri ini, marilah kita mengeratkan silaturrahim dengan berkunjung ke rumah ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai agar tali kemesraan sentiasa kukuh. Gunakanlah sebaik mungkin masa perayaan ini agar dapat berhubung dan beramah mesra serta bermaafan sesama insan di atas semua kesilapan kita.
 
Bagi yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya dengan mematuhi arahan lalulintas. Semoga semuanya selamat pulang berhari raya dan kembali bertugas setelah bercuti. Aspek keselamatan di rumah dan di pejabat juga harus diberi perhatian sepanjang musim perayaan ini.
 
Akhir kata, saya dan juga keluarga ingin memohon kemaafan di atas sebarang kesilapan. Semoga seluruh warga JKR dapat menyambut lebaran ini dengan penuh kegembiraan.


Taqobbalallahu minna wa minkum

Kulu 'ammi wa antum bi-khair
 
WabillAahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

Related Posts