Sukacita diingatkan bahawa tarikh tutup penyertaan Anugerah JKR sempena dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2013 adalah pada 25 Januari 2013 (Jumaat). Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengemukakan borang dan laporan anugerah (bergantung kepada syarat penyertaan) pada tarikh tersebut amatlah dihargai. Berikut merupakan lima (5) anugerah yang dipertandingkan:
a)Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik (Rujuk Lampiran A)
b)Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik (Rujuk Lampiran B)
c)Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik (Rujuk Lampiran C)
d)Anugerah Kontraktor Cemerlang (Rujuk Lampiran D)
e)Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik (Rujuk Lampiran E)
Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan di dalam memastikan kelancaran perjalanan anugerah ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Unit Anugerah Dan Inovasi , Bahagian Pengurusan Kualiti.
Related Posts
- 897 bacaan