Pengarah : YBhg. Dato' Ir. HJ. MASRI BIN BAHARUDDIN
Setiausaha Pejabat : NOR MURIYA BINTI ABDULLAH


Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Tingkat 33, Menara Kerja Raya
Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur


No. Tel. : 03- 2618 8424
No. Fax : 03-2618 8441

Objektif

Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan Atasan dan orrganisasi JKR Malaysia dalam merancang, melaksana,memantau projek dan kemudahan awam dari segi jangka kos, jangka masa dan rupa bentuk yang dipersetujui dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:-

  1. Penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, teknologi perhubungan serta sumber maklumat yang terkini.
  2. Pembangunan dan Pengurusan sistem kerja serta sumber manusia yang terancang.
  3. Belanjawan Serta kemudahan pelbagai yang cekap dan berkesan. 

Fungsi-fungsi

  • Merancang keperluan sumber manusia dan struktur organisasi jabatan.

  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan kakitangan jabatan.

  • Meningkatkan prestasi dan kompetensi kakitangan jabatan secara berterusan.

  • Menguruskan soal perkhidmatan bagi kakitangan jabatan dengan berkesan.

  • Mengurus, mengawal dan menyelaras sumber kewangan Jabatan dengan cekap dan teratur supaya selaras dengan peraturan kewangan dan kerajaan.

  • Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan/Bahagian berkaitan dengan segala hal urusan kewangan dan belanjawan.

  • Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf kemudahan awam.

  • Membudayakan penggunaan ICT di kalangan kakitangan JKR ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urusan rasmi jabatan.

  • Mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabtaan secara menyeluruh ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.

  • Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisien dan cekap kepada Cawangan/Bahagian di JKR dalam urusan berkaitan keurusetiaan mesyuarat dan jawatankuasa utama jabatan, pentadbiran pejabat dan perkhidmatan sokongan, pengurusan aset jabatan dan urusan keselamatan.

 

Perkhidmatan

  • Bertanggungjawab terhadap aspek pengambilan jawatan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan kemasukan dalam jawatan berpencen jabatan.

  • Menyenggara dan mengemaskini data pegawai dan memproses permohonan perintah penempatan dan pertukaran pegawai.

  • Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkhidmatan dan latihan kakitangan jabatan.

  • Penyediaan perancangan, bentuk dan keperluan latihan untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme serta kebolehan mengurus organisasi dengan lebih berkesan.

  • Mengurus dan menyediakan bajet tahunan jabatan.

  • Mengkaji sistem pengurusan kewangan dari semasa ke semasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan jabatan dalam bidang pengurusan kewangan.

  • Menguruskan aduan salah laku dan urusan tatatertib.

  • Membangun dan menambahbaik sistem aplikasi berkomputer seperti yang dirancang dalam tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan.

  • Memastikan penyelenggaraan sistem aplikasi dilaksanakan secara berterusan dan sistem berfungsi dengan baik.