Pengarah : Ir. WAZNAH BINTI ABDUL AZIZ
Setiausaha Pejabat : NUR ASHEELA BINTI KAMARUL


Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan
Tingkat 8, Blok F, Ibu Pejabat JKR
Jalan Sultan Salahuddin
50282 Kuala Lumpur


   No. Tel. : 03-2610 7201   
No. Fax : 03-2693 5273

Objektif

CKIP adalah sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan teknikal, pengurusan dan pemantauan projek bagi Kejuruteraan Maritim, Lapangan Terbang dan Pengangkutan Darat.

    Fungsi

    • Menyediakan Infrastruktur dan kemudahan awam berkaitan dengan Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Pengangkutan Darat bagi memenuhi standard yang diamalkan.
    • Memastikan segala struktur yang dibina sentiasa dalam keadaan selamat dan berfungsi mengikut apa yang dirancangkan dengan kos dan masa yang telah ditetapkan.
    • Memastikan segala khidmat nasihat kepakaran yang diperlukan dapat disampaikan kepada pihak berkenaan dalam jangkamasa yang dikehendaki.

    Perkhidmatan

    • Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan Projek Lapangan Terbang, Maritim dan Pengangkutan Darat dengan cekap dan berkesan.
    • Memberikan khidmat perundingan teknikal dalam Kejuruteraan Maritim dan Pantai (Maritime and Coastal Engineering)
    • Menghasilkan rekabentuk infrastruktur kemudahan lapangan terbang yang ekonomik dan terbaik mengikut piawaian antarabangsa International Civil Aviation Organisation (ICAO).
    • Memberikan perkhidmatan perundingan teknikal dalam Kejuruteraan Pengangkutan Darat.
    • Memberi khidmat nasihat kepada Cawangan-cawangan di Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan Kementerian Kerja Raya berkaitan pelaksanaan Kerja Ukur Tanah serta urusan Pelantikan Perunding Ukur Tanah.