Pengarah : IR. MOHD SHAIFUDDIN BIN ABD. RAZAK
Setiausaha Pejabat : ZASHEDAH BINTI MOHD YUSOF

Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah
Cawangan Kejuruteraan Cerun
Tingkat 12, Blok F, Ibu Pejabat JKR
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur


No. Tel : 03 - 2610 7351
No. Fax : 03 - 2692 7010

Objektif

  1. Menyediakan Polisi Nasional berkaitan cerun.

  2. Membangunkan sistem pengurusan informasi iaitu ISMAS dan membuat pendaftaran cerun serta mengeluarkan peta bahaya dan risiko cerun menggunakan sistem ini.

  3. Mengeluarkan piawaian baru untuk Garispanduan Penyenggaraan Cerun.

  4. Menambahbaik dan mengeluarkan Garispanduan Rekabentuk Cerun.

  5. Mempromosi Kesedaran Awam tentang keselamatan cerun.

  6. Menjalankan penyenggaraan  ‘preventive’ tahunan ke atas cerun bermasalah.

  7. Memastikan pemeriksaan berkala cerun dilaksanakan bila-bila masa bila ada hujan lebat yang berterusan.

  8. Melaksanakan sistem amaran awal tanah runtuh.

  9. Memberikan khidmat nasihat teknikal apabila diminta.

  10. Menjalankan penyiasatan forensic ke atas cerun yang gagal.

  11. Membangunkan kompetensi kakitangan dalam kejuruteraan cerun.

  12. Menjalankan kajian dan pembangunan dalam kejuruteraan cerun khususnya dalam keadaan iklim tropika.

  13. Menjalankan kerja-kerja pembaikan cerun yang besar. 

Fungsi

Fungsi utama Cawangan Kejuruteraan Cerun adalah mengurus, mengawal dan menyelia semua cerun-cerun di Malaysia. Tanggungjawab cawangan adalah termasuk kerja-kerja rekabentuk, penyiasatan forensik, penyenggaraan, khidmat nasihat, kajian dan pembangunan, penyediaan piawaian dan garispanduan.