Pengarah Kanan : Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman
Setiausaha Pejabat : NUR FARAH ATIKAH BINTI KHIRUDDIN

  Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah Kanan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE)

Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah, Melaka

 No. Tel. : 06-551 2227
No. Fax :
Pautan : http://www.createjkr.gov.my

 

Objektif

CREaTE diwujudkan bagi mencapai matlamat untuk melahirkan kakitangan yang kompeten dan professional bagi mencapai hasrat JKR Malaysia untuk menjadi pembekal perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Fungsi

1. Meningkatkan keupayaan & memastikan pegawai mencapai kompetensi yang ditetapkan.

  • Menjadi pusat pembelajaran kejuruteraan teknikal yang terkemuka dengan kepakaran yang diiktiraf dunia.
  • Mendedahkan pegawai melalui pembelajaran berterusan berteraskan penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi.
  • Pusat pensijilan dan akreditasi bidang kejuruteraan.

2. Menjadi pusat inovasi serta pembangunan  dan penyelidikan kejuruteraan.

  • Menyediakan fasiliti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi program penyelidikan Applied Research, Innovative Research dan Validation Research.

3. Membentuk modal insan yang cemerlang dan memantapkan produktiviti.

  • Mengoptimumkan kos pelaksanaan program pembelajaran dan dapat melatih pegawai JKR untuk berdaya saing dengan cabaran masa kini.

4. Pusat Rujukan Teknikal

  • Menjadi pusat rujukan dalam bidang kejuruteraan dan teknikal yang terkemuka dengan kepakaran yang diiktiraf dunia.
  • Melahirkan pegawai/kakitangan yang berpengetahuan, dinamik, berkeyakinan dan versatile dalam menghadapi perubahan dunia tanpa sempadan.