Pengarah Kanan : YBrs. Ir. Noreha binti Nordin
Pembantu Setiausaha Pejabat : Marliana binti Saharani

Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 10, Blok G
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur


No. Tel.    :  03-2618 9171
No. Faks   :  03-2618 8451

 

Objektif

Menjalankan kajian kejuruteraan dan menyediakan kepakaran rekabentuk dan sokongan dalam bidang kejuruteraan awam dan struktur kepada Cawangan-Cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri / Wilayah Persekutuan atau Unit Khas JKR yang mengendali projek pembangunan infrastruktur kerajaan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada :

1. Menyerahkan 100% rekabentuk projek/ produk mengikut jadual yang dipersetujui dalam D-Plan dengan varian 10%

2. Menyerahkan 100% rekabentuk kejuruteraan awam dan struktur untuk projek bangunan mengikut kos yang dipersetujui dengan varian 10%.

3. Menyiapkan 100% laporan forensik dalam tempoh 2 bulan dengan varian 10%.

4. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%.

5. Memastikan sekurang-kurangnya 80% staf memperolehi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dengan diberi latihan/pendedahan 2 kali setahun untuk setiap orang dengan varian 10.

6. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 80% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).

7. Ke arah produk berkualiti dengan menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang dari 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:
     i.    Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk
     ii.   Keselamatan penggunaan
     iii.  Kemudah senggaraan

8. Mewujudkan unit yang progresif, berinovasi tinggi, berwawasan dan menjadi peneraju pembangunan lestari dalam teknologi rekabentuk kejuruteraan awam, struktur dan jambatan dengan menyediakan tiga (3) rekabentuk berinovasi baru dan tiga (3) kertas kerja teknikal setiap tahun.

 

Fungsi

Rekabentuk dan Audit Pembinaan

  • Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan awam (kerja sivil), kejuruteraan struktur bangunan dan rekabentuk kerja rehabilitasi/ retrofit struktur yang menepati kos, kualiti dan tempoh siap yang dipersetujui oleh pelanggan.

  • Melaksanakan kajian semula atau audit kejuruteraan ke atas projek bagi mengukur tahap kepatuhan rekabentuk dan spesifikasi.

Khidmat Forensik dan Merekabentuk Kerja Baikpulih

  • Melaksanakan penyiasatan forensik ke atas kegagalan struktur serta mencadangkan tindakan pembaikan dan pencegahan yang komprehensif.

  • Menyediakan khidmat nasihat pakar berkaitan masalah forensik struktur serta menilai tahap keselamatan struktur yang dihadapi oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain.

Khidmat Nasihat Teknikal

  • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan dengan kejuruteraan awam dan struktur.

Pembangunan dan Penyelidikan

  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan dan penyelidikan untuk menghasilkan rekabentuk infrastruktur yang berkualiti, ekonomik dan berinovasi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

  • Membanguna piawaian, garis panduan, manual, spesifikasi, amalan terbaik dan laporan kajian yang berkaitan dengan rekabentuk kejuruteraan awam, struktur dan forensik.

  • Mengadakan program pembangunan kompetensi dalam bidang kejuruteraan awam, struktur dan forensik kepada kakitangan.

  • Melaksanakan rekabentuk struktur perintis bagi projek yang menggunakan teknik pembinaan dan teknologi baru.