Pengarah Kanan : Ir. ZULKIFLI BIN ABDUL RASHAD
Setiausaha Pejabat : FAZILAH BINTI AHMAD ADNAN

Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia
Tingkat 24-28, Blok G
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur

No.Tel.   : 03 – 2618 9501
No. Fax. : 03 – 2618 9510

 

Objektif

  • Menyiapkan kerja rekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian, kualiti, masa dan kos yang  ditetapkan.
  • Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
  • Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
  • Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan JKR yang dapat memenuhi keperluan semasa jabatan.
  • Menyediakan khidmat rundingan teknikal berhubung dengan bidang kejuruteraan mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan tepat dan cepat.

 

Fungsi

  • Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan perundingan kejuruteraan mekanikal.

  • Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal.

  • Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang forensik, kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, penambahbaikan spesifikasi, auditan dan penyelidikan.

  • Memberi perkhidmatan penyenggaraan sistem dan peralatan mekanikal dalam bangunan-bangunan kerajaan.

  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi dalaman dan luar.

  • Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kenderaan dan loji serta pembangunan kuari.

  • Memberi perkhidmatan pengangkutan VVIP (POOL CAR) kepada agensi-agensi kerajaan untuk kegunaan tetamu Negara dan pada Mesyuarat Raja-Raja.

  • Pengurusan sumber manusia dan kemajuan kerjaya untuk staf disiplin mekanikal.