Pengarah : Ar. IDr. RINNA SIOW
Setiausaha Pejabat : ROHAIZA BINTI ABDUL AZIZ

Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah
Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
Tingkat 23, Menara PJD

No 50, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur


No. Tel.  : 03 - 4051 8413/ 8812
No. Fax  : 03 - 40518784

Objektif

Selaras dengan RangkaKerja Strategik 2016-2020 JKR di bawah tema 4: Menerajui Pembangunan Lestari. Berikut adalah objektif yang telah digariskan:

  • Kelestarian Infrastruktur

  • Mencipta Kelestarian Aset

  • Menambahbaik Amalan Pengurusan Aset Menyeluruh

  • Membentuk Champions Kelestarian

Fungsi

Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga (CASKT) bertanggungjawab untuk memastikan projek pembangunan yang dikendalikan oleh JKR dilaksanakan secara lestari. Ini bermakna, fungsi utama CASKT adalah memastikan semua produk dan perkhidmatan yang JKR berikan mengambilkira pemeliharaan alam sekitar, penggalakan perkembangan ekonomi dan keperluan sosial. Fungsi utama CASKT adalah seperti berikut:

  • Menggubal, menentukan pelaksanaan dan menyemak semula supaya Polisi Pembangunan Lestari JKR sentiasa relevan;

  • Menjadi pemilik dan pelaksana sistem pengurusan berkaitan kelestarian:

    • MS ISO 14001 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar, SPAS);

    • MS ISO 50001 (Sistem Pengurusan Tenaga, SPT).

  • Melaksana/menyelaras sistem penilaian tahap kelestarian projek seperti pH JKR & MyCREST;

  • Merancang, menentukan serta mengurus kajian EIA;

  • Pelaksanaan Program Kecekapan Tenaga di bangunan-bangunan kerajaan yang dikenalpasti;

  • Memberi khidmat nasihat pakar mengenai Pembangunan Lestari;

  • Mempromosi dan menguruskan kompetensi latihan berkaitan Pembangunan Lestari;

  • Menguruskan data dan maklumat berkaitan Pembangunan Lestari.