Melayu

TEMU BUAL SLOT “SELAMAT PAGI MALAYSIA”, RTM1  BERTAJUK “SIMPOSIUM CERUN NEGARA 2025”

Saksikan temu bual bersama YBrs. Ir. Mohd Shaifuddin bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia yang akan bersiaran secara langsung menerusi slot “Selamat Pagi Malaysia”, RTM1 bagi mempromosikan “Simposium Cerun Negara 2025” pada jam 8.45 pagi, 30 April 2025 (Rabu).

Alt

adminjkr


Melayu

24 April 2025 (Khamis) - Majlis meraikan bakal haji warga JKR Malaysia telah diadakan bertempat di Aras 33, Menara Kerja Raya. Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Wira Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) disusuli dengan ucapan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Infra.

Alt

adminjkr


Melayu

23-24 April 2025 (Rabu-Khamis) – Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE) dengan kerjasama Pertubuhan BIM Malaysia (PBM) dan Autodesk telah mengadakan Program JKR BIM TRAiL 2025 Zon Sarawak bertempat di JKR Sarawak Research Centre, Kuching.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) USJ 1, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor telah berlangsung pada 24 April 2025 di Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap Membina Asrama Pelatih Institut Latihan Perhutanan (Fortrain) telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2025 (Jumaat) bertempat di Bahagian Latihan Perhutanan Kepong.

Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Ybhg. Dato’ Hj. Zahari Bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 17 April 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Bandar Warisan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Alt

adminjkr


Melayu

Program Library2U@JKR: Jom Baca Bersama 10 Minit telah berlangsung pada 23 April 2025 (Rabu) bertempat di Ruang Legar Aras Plaza, Menara Kerja Raya (Blok G) Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program anjuran Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini diadakan bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan tema “Nikmati Saat Ini”.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Azizun binti Hashim, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia akan bercuti rehat pada 24 April 2025 dan kemudian akan menghadiri Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 84 Bil. 2/2025 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 April 2025 sehingga 23 Mei 2025.

Alt

adminjkr


Melayu

Sesi libat urus Pengarah Cawangan Kejuruteraan Elektrik bersama Jurutera Elektrik Gred J9 dan J10 telah dilaksanakan di Dewan Seminar, Malaysian Space Agency (MYSA), Kuala Lumpur pada 9 April 2025. 

Alt

adminjkr


Melayu

Putrajaya - Sesi Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Kerja Raya kepada Ketua Audit Negara telah dilaksanakan di Pejabat Ketua Audit Negara pada 23 April 2025 (Rabu). 

Alt

adminjkr


Halaman-halaman