Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Tuan Haji Noor Azman bin Ramlee, Pengarah, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bercuti rehat pada 24 Februari 2021 sehingga 25 Februari 2021 dan akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama [Advance Leadership and Management Programme- ALMP] Siri ke 68 Bil 1 Tahun 2021 di Institut Tadbiran Awam Negara [INTAN], Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kual Lumpur pada 26 Februari 2021 sehingga 26 Mac 2021 seterusnya bercuti rehat pada 29 Mac 2021 sehingga 9 April 2021.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 26 Februari 2021 (Rabu), telah berlangsung Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Perolehan Dan Pemantauan Kerja (S3PK) JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara maya di FB Live Rasmi JKR Malaysia. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Ir Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenghilan, Tuaran, Sabah telah dilaksanakan pada 25 Februari 2021 (Khamis) bertempat di SMK Tenghilan, Tuaran, Sabah. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs Pn. Jaetty binti Ghanie, Jurutera Awam selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) projek ini kepada YBrs. En Marcus bin Salagan, Pengetua SMK Tenghilan. Majlis ini turut dihadiri oleh pihak sekolah, pegawai Pasukan Projek Khas 2 dan Kontraktor Utama, Takat Berjaya Sdn. Bhd.

Alt

adminjkr


Melayu

Bismillahirrahmanirrahim,

 

 

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Mohd Zairul Affindy B. Abdul Rahman, Jurutera Awam (J41), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sheikh Ahmad Bandar Sri Sendayan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sendayan.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Pelan Bisnes Jabatan 2021 – 2025 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 23 Februari 2021 bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Bil.1 Tahun 2021 dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta dihadiri bersama oleh ahli-ahli JPAK telah selesai berlangsung dengan jayanya pada 22 Feb 2021 (Isnin), jam 9.30 pagi secara atas talian (online conference).

Mesyuarat JPAK Bil.1 Tahun 2021 pada kali ini telah mencapai beberapa keputusan seperti berikut iaitu:-

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran,Maran, Pahang telah dilaksanakan pada 18 Februari 2021(Khamis) bertempat di SMK Maran, Maran, Pahang. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs En Mohd Zaky Bin Zakaria, Jurutera Daerah JKR Maran selaku Pegawai Penguasa projek ini kepada YBrs. En Zulkifle Bin Basah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Maran (PPD).

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Jalan Tepi Sungai Muda Dari Simpang Pokok Machang Ke Kuala Sin, Daerah Kuala Muda, Kedah telah diadakan pada 17 Februari 2021 (Rabu) bertempat di Dewan Taklimat JKR Daerah Kuala Muda, Kedah. Majlis penyerahan ini telah diadakan secara tertutup dengan bilangan kehadiran jemputan yang terhad dan mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Ir. Shahabuddin bin M. Muhaiyidin, Pengarah JKR Negeri Selangor bersara wajib pada 13 Februari 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Lokman bin Nasir, diarah menjalankan tugas Pengarah JKR Negeri Selangor termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki tuan berkuatkuasa 13 Februari 2021 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Blok A, JKR Negeri Perlis pada 12 Februari 2021 telah sempurna sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak secara 2 dalam 1 kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Pejabat Operasi Pusat Pemeriksaan Kastam (CEA), Kompleks ICQ, Padang Besar Perlis.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman