Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Jurutera Daerah Hulu Langat di JKR Negeri Selangor ditukarkan ke JKR Negeri Perlis sebagai Pengarah JKR Negeri Perlis. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 16 Ogos 2021. Semoga YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said dapat memberi khidmat cemerlang dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
12 OGOS 2021, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah mengadakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) sempena Program Keceriaan Bulan Kebangsaan dengan menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di bawah program food bankBait Al-Rizq. Program ini disempurnakan dengan sesi penyerahan sumbangan bakul makanan oleh YBhg. Dato’ Ir Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) kepada YBhg.
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program Roadshow Model Kompetensi Inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2021 secara atas talian. Program ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) yang ditetapkan di dalam pengukuran T5.2.2 Tema 5 Pelan Strategik JKR Tahun 2021-2025.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK FAUZI BIN JUNUS, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN PENGURUSAN ASET BERSEPADU & PENGURUSAN KORPORAT, JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 7 OGOS 2021.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Dr. NOR SHAHRENE BINTI MOHD IBRAHIM, ARKITEK PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE) yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 OGOS 2021.
"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."
Dukacita dimaklumkan bahawa Ir. Su-Faizah Binti Sukor, Jurutera Awam Penguasa Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat Kerja Raya Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Ogos 2021.
Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. TUAN HAJI NOOR AZMAN BIN RAMLEE, PENGARAH CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 OGOS 2021.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam pada 01 Julai 1982. Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Sr ZAIHA BINTI ARIFFIN, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS, PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC), PENGERANG JOHOR yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 29 JULAI 2021.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. ILLIAS BIN HUSAIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN KORPORAT JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 28 JULAI 2021.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah melangsungkan Majlis Pelancaran Pelan Pengurusan Risiko (ERM) Jabatan 2021 – 2025 melalui platform WEBEX yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 26 Julai 2021 jam 8.30 pagi.