Pada 2 Jun 2021 telah diadakan satu Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Kerja Raya Malaysia 2021-2025 yang dipancarkan secara maya. Pelancaran yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya turut ditonton oleh semua warga JKR menerusi Facebook Live.
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.
"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."
Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Rizuan Bin Yusof, Pemandu (H11), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Negeri Sembilan telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Mei 2021. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rembang Panas, Kuala Pilah.
"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."
Dukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Abdul Manaf bin Jaafar@Yahaya, Jurutera Awam, PPPN Negeri Kedah telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Mei 2021 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar disebabkan komplikasi paru-paru.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK ROSLI BIN OSMAN S.M.P, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 MEI 2021.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik di JPT Jerantut pada tahun 1988. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Norman bin Md Rabani, Jurutera Awam Penguasa Kanan memangku Gred J54 dengan dibayar elaun memangku di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Pengarah memangku Gred J54 dengan dibayar elaun memangku berkuatkuasa mulai 21 Mei 2021.
Semoga kepimpinan YBhg. Dato’ Norman dapat meningkatkan lagi kecemerlangan Jabatan.
Dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Ir. Habbali bin Ibrahim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) mulai 20 Mei 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. HAJI AZMAN BIN WAN AB RAHMAN, JURUTERA AWAM KANAN, PASUKAN PROJEK FM ISTANA NEGARA, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 19 MEI 2021.
19 Mei 2021 | Bagi menunjukkan keprihatinan warga JKR Malaysia terhadap nasib ribuan rakyat Palestin, Tabung Palestin ‘JKR Prihatin’ telah dilancarkan peringkat JKR Malaysia dengan kerjasama Surau Menara Kerja Raya.