Majlis penyerahan projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di Planetarium Negara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2020 bertempat di Bilik Theatre Planetarium.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. Pn. Anita Binti Bahari Pengarah Planetarium Negara Kuala Lumpur dan wakil-wakil HOPT dan HODT serta pegawai-pegawai kanan Planetarium Negara Kuala Lumpur.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MOHAMED YUSOF BIN MUSA, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 19 OKTOBER 2020.
Pada 12 Oktober 2020, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.
Kunjungan YB. Dato’ Dr SUK Negeri Sembilan dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.
Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menganjurkan Taklimat Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat Jabatan Kerja Raya yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 14 Oktober 2020 (Rabu) 8.30 pagi bertempat di Ruang Legar Aras 2, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Pada 14 Oktober 2020 telah berlansung Mesyuarat Pengarah (MP) JKR MALAYSIA BIL. 5/2020 jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 2, Menara Kerja Raya, JKR Malaysia.
Kertas Pemakluman Kepada Ahli Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil. 5/2020 telah dibentangkan dengan tajuk JKR STANDARD 3 : 2020 ENVIRONMENTAL PROTECTION AND ENHANCEMENT WORKS FOR PROJECTS yang dibentangkan oleh ENCIK NAZMI BIN JAAFAR JURUTERA AWAM PENGUASA, CASKT.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATIN Ar. HAJAH MARIANI NOOR BINTI HAJI SUHUD, PENGARAH KANAN CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 15 OKTOBER 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek di Cawangan Bangunan pada 8 Disember 1986. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Cawangan Kerja Bangunan Am 1 telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping, Perak bertempat di Bilik Nilam 2, Aras 1, Menara Kerja Raya pada 8 Oktober 2020 jam 12.30 tengahari.
Majlis penyerahan projek kepada pelanggan bagi projek Pusat Latihan Pertahanan Awam Kluang (Fasa 2), Kluang, Johor yang telah diadakan pada 06 Oktober 2020 (Selasa), jam 9.30 pagi bertempat di Auditorium Blok Latihan Pusat Latihan Pertahanan Awam Kluang, Johor. Majlis penyerahan ini telah dilaksanakan YBrs. Ir Hj Mohd Said Bin Sidik, Pengarah JKR Negeri Johor dan YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri(JPM).
Pada 30 September 2020 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan sesi menandatangani dokumen kontrak bagi Cadangan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid Untuk 134 Buah Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak. Majlis penyerahan SST tersebut telah diadakan di Ruang Menunggu, Aras 1, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur.