Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJJAH NAJAHD BINTI ZAINAL ABIDIN, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 1, CAWANGAN KERJA KESELAMATAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 7 April 2019.
Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Road Engineering Association of Malaysia (REAM) telah menganjurkan PIARC International Seminar On Towards Advanced Technology & Material In Bridge Engineering pada 1 - 3 April 2019 bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
MAJLIS PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DALAM BIDANG BUILDING INFORMATION MODELING (BIM) DI ANTARA JABATAN KERJA RAYA (JKR) DAN UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
(Sumber perolehan berita: Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE), 29 Mac 2019)
JKR Malaysia telah melakar kejayaan yang membanggakan apabila mengungguli National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx’19) yang berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra Kedah pada 19 hingga 21 Mac 2019.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Haji Ibrahim bin Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan telah dilantik sebagai Pengarah JKR Negeri Kedah berkuatkuasa 26 Mac 2019.
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Kedah dengan lebih gemilang.
Majlis Penghargaan Program Pementoran 2018 dan Pemadanan Program Pementoran 2019 telah diadakan pada 19 Mac 2019 bertempat di Dewan Perdana, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) anjuran Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya (JKR).
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN SIAP KERJA (CERTIFICATE OF PRACTICAL COMPLETION, CPC) PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM) telah diadakan pada 15hb Mac 2019 (Jumaat) di Auditorium HPUPM pada jam 10:00 pagi.
Dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Wan Ibrahim bin Wan Yusoff, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah diarah menanggung kerja Pengarah Bahagian Kompetensi, Persijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), CREaTE mulai pada tarikh 1 Mac 2019 sehingga jawatan diisi secara hakiki.
Dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah diarah menanggung kerja jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya di Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai pada tarikh 18 Mac 2019 sehingga kekosongan jawatan diisi.