Mesyuarat Jurutera Awam bagi tahun 2018 yang bertemakan “Memperkasakan Jurutera Awam Ke Arah IR 4.0” telah berlangsung dengan jayanya pada 5 - 7 Ogos 2018 bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak.
Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan turut dihadiri oleh pegawai - pegawai kanan JKR Ibu Pejabat dan Negeri.
Hari AKRAB JKR Pahang tahun 2018 bertemakan Keseronokan Bekerja telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 3 Ogos 2018 bertempat di KOMTUR, JKR Negeri Pahang.
Hari AKRAB ini diadakan bersempena program Outreach AKRAB JKR yang merupakan kerjasama antara AKRAB JKR Malaysia dan AKRAB JKR Negeri Pahang.
Pada 29 – 31 Julai 2018, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek JKR Malaysia 2018 di Institute of Leadership & Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Ucapan pembukaan mesyuarat telah disampaikan oleh YBhg. Datin Ar. Mariani Noor Bt. Suhud, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia dan mesyuarat telah sempurna dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya.
Program hari ke-2 Persada Minda JKR 2018 dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu dengan topik yang sangat menarik iaitu “Tangan Yang Menghayun Buaian” yang telah disampaikan oleh YBrs. Pn. Hjh. Siti Nadzrah binti Sheh Omar iaitu seorang penulis buku yang bertajuk Membina Keluarga Profazz bersama dengan anak lelaki beliau iaitu Saudara Mohd Suhayl bin Salmi. Dalam perkongsian tersebut, beliau menceritakan bagaimana membesarkan kelima - lima anak lelaki beliau sehingga menjadi huffaz yang berjaya.
Technical Executive Talk (TExT-2): Traffic Management at Work Zones “Meeting Mobility & Safety Needs” telah berlangsung pada 31 Julai 2018 bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kuala Lumpur. Program TExT-2 ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Aziz bin Hj. Osman - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan dihadiri oleh YBrs. Ir Hj Zulakmal Bin Hj Sufian – Pengarah Kanan Cawangan Jalan, barisan Pengarah-pengarah di bawah sektor infra, pegawai-pegawai JKR di daerah serta negeri.
Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2018 telah diadakan di JKR Negeri Melaka pada 17 hingga 18 Julai 2018. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Abdul Mutalif Bin Abdul Hameed, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
JKR Malaysia sekali lagi melakarkan kejayaan dalam pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa iaitu di 2018 INTERNATIONAL INVENTION INNOVATION COMPETITION in CANADA (iCAN 2018) melalui produk Leakage Current Detection Device telah memenangi anugerah Gold Medal di peringkat Preliminary Round bagi kategori Electricity & Electronics.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. SOON CHOOI MEE, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Ogos 2018.