Melayu

Seluruh warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ir. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman atas pelantikan sebagai Presiden dan Setiausaha Kehormat Road Engineering Association Malaysia (REAM) bagi sesi 2017 - 2019.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan SEMINAR PENGURUSAN FASILITI JKR 2017 dengan tema “KE ARAH KEBERKESANAN KONTRAK PENGURUSAN FASILITI JKR” bagi memberi pendedahan berkenaan dengan Kontrak Pengurusan Fasiliti (FM) dan pelaksanaannya kepada kakitangan JKR. Seminar ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2016 yang telah diadakan di Sasana Kijang pada 12 & 13 Oktober 2016.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa JKR berhasrat untuk menerbitkan Jurnal JKR Bil.5(2017) dalam masa yang terdekat. Sehubungan itu, sidang redaksi JURNAL JKR menjemput warga JKR untuk menyumbangkan kertas kerja/artikel yang telah dibentangkan di mana - mana persidangan sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa di antara tahun 2013 sehingga 2017 dengan mengemukakannya kepada sidang redaksi JURNAL JKR untuk pemilihan selanjutnya.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan penempatan semula YBrs. Ir. Ab Hamid bin Haji Md. Daud, Pengarah JKR Negeri Terengganu sebagai Pengarah di Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR, Gred Utama C mulai 1 Julai 2017. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 5 Julai 2017.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hj. Zulkifly bin A.Ghani, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah JKR Negeri Melaka berkuatkuasa 3 Julai 2017.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Pastinya dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Melaka dengan lebih gemilang.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hj. Wan Mohamad Hilmi bin Wan Mahmud, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah JKR Negeri Kedah berkuatkuasa 3 Julai 2017.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Pastinya dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Kedah dengan lebih gemilang.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Hajjah Hashimah binti Harun, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 3 Julai 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Hj. Nazari bin Hashim, Pengarah Seksyen Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Julai 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Zaiton binti Shaari, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Julai 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) sekali lagi menganjurkan Acara Coffee Break sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman