Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ar. Rosila binti Mohamed, Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Reka Bentuk Dan Fasiliti Keselamatan, Cawangan Arkitek yang telah bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bil 3 Tahun 2017 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat bagi pegawai di Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) yang berikut:
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBhg. Dato' Hj. Abd. Halim bin Abd. Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 1 Jun 2017.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Saiful Rizal Yusoff, Jurutera Awam (J44) kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian PhD beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy " pada 16 Mac 2017 oleh Universiti Sains Malaysia. Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “DETERMINANTS OF CUSTOMER LOYALTY AND THE EFFECT OF COMPLAINT HANDLING ON PREPAID MOBILE CELLULAR SERVICES IN MALAYSIA”.
Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) Tahun 2017 bertemakan 'together we deliver' telah diadakan pada 22-24 Mei 2017 bertempat di Kuantan, Pahang. Tema ini sejajar dengan saranan YAB Perdana Menteri yang telah menyatakan tahun 2017 sebagai “Tahun Penyampaian”. Mesyuarat ini bermula pada 22 sehingga 24 Mei 2017 dan melibatkan penyertaan seramai 400 orang pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pegawai-Pegawai Kader dari seluruh negara.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Dato' Ir. Hj. Samsudin bin Bakar, Pengarah JKR Negeri Kedah yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 25 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Persidangan Jurutera Elektrik 2017 telah diadakan di CREaTE, Melaka pada 3-5 Mei 2017. Seramai 220 orang Jurutera Elektrik daripada pelbagai agensi kerajaan telah hadir ke persidangan ini. Persidangan ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Turut hadir adalah bekas TKPKR (Sektor Pakar) Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman bagi menyampaikan amanat beliau.