Melayu

Majlis Penyerahan serentak dua (2) Projek Siap yang dilaksanakan oleh JKR Malaysia dan dikawal selia sepenuhnya oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Selangor iaitu Naiktaraf Hospital Kajang, (Reka Dan Bina), Selangor Darul Ehsan serta Pembinaan Dewan Bedah dan CSSD baru Hospital Banting, Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Oktober 2024 (Jumaat) bertempat di Tapak Projek Naiktaraf Hospital Kajang (Kompleks Wanita & Kanak – Kanak).

Alt

adminjkr


Melayu

Untuk makluman, Ir . Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia telah dipilih oleh Kementerian Kerja Raya sebagai wakil delegasi jabatan ke  XI International Construction Forum and Expo di Ekaterinburg Expo International Exhibition Centre Rusia pada 1 Oktober - 4 Oktober 2024. Program ini turut dihadiri oleh pegawai Kementerian Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan perunding swasta.

Alt

adminjkr


Melayu

Program Santuni Madani Bersama dengan Anak Kelahiran Kampung Kota” telah dilaksanakan pada 22 September 2024. Program tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) bertempat di Dewan Utama, Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan. Kehadiran YBhg. Datuk Wira KPKR dan pegawai-pegawai JKR telah disambut meriah oleh pihak sekolah diketuai oleh  YBrs. Puan Ashida binti Abdullah, Guru Besar, SK Seri Kota, para guru serta murid-murid SK Seri Kota.

Alt

adminjkr


Melayu

Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya 2021-2025 merupakan dokumen utama dalam menzahirkan hala tuju Jabatan dalam penyampaian perkhidmatan sepanjang lima (5) tahun sejak penerbitannya. Dokumen ini bertunjangkan visi, misi dan objektif jabatan yang berteraskan lima (5) tema utama dan perlu diaplikasikan oleh setiap Cawangan/ JKR Negeri/ Wilayah Persekutuan/ Pasukan Projek Khas sekaligus menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang terbaik berteraskan kecemerlangan dan keberhasilan.

Alt

adminjkr


Melayu

Hari Bertemu Pelanggan JKR WP Labuan 2024 telah diadakan pada 5 Oktober 2024 bertempat di pejabat JKR Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Jalan Kampung Jawa. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Hari Profesion Teknikal Negara 2024. Turut hadir pada majlis perasmian ini adalah YBrs.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya melahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan seluruh keluarga, atas pemergian ibu mertua kepada YB Menteri Kerja Raya iaitu Mendiang Puan Sri Elizabeth Pawa.

Seluruh warga JKR Malaysia turut berdukacita atas pemergian Mendiang Puan Sri Elizabeth Pawa.

Salam takziah daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 25 September 2024 (Rabu) telah berlangsung satu sesi libat urus Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bersama Kementerian Luar Negeri (KLN). Delegasi KLN diketuai oleh Ketua Setiausaha KLN, YBhg. Dato’ Sri Amran bin Mohamed Zin dan disertai bersama YBhg. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan, YBrs. Encik Sanmugan Subramaniam, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan pegawai KLN yang lain.

Alt

adminjkr


Melayu

Mesyuarat Jurutera Awam (MJA) 2024 bertemakan “Kelestarian Kejuruteraan Awam JKR” telah berlangsung dengan jayanya pada 10 - 12 September 2024 bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, Kedah Darul Aman dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. Ini merupakan penganjuran MJA kali ke sebelas (11) setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2019.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Tuan Robert Anak Albert Girik, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya bertukar ke Kementerian Ekonomi (Kader), Bahagian Pengurusan Nilai mulai 1 Oktober 2024.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa  YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa  telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) berkuat kuasa 25 September 2024 (Rabu). Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini. Semoga JKR Malaysia akan terus cemerlang memenuhi aspirasi pembangunan negara.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga JKR Malaysia

Alt

adminjkr


Halaman-halaman