Melayu

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek PEMBINAAN MAHKAMAH SESYEN DAN MAJISTRET BAHARU IPOH, PERAK telah diadakan pada 26 Mei 2023 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Aras 13A, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Roadshow Garis Panduan Bagi Kerja Perlindungan, Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Rancangan Malaysia Ke-12 (GP Utiliti RMKe-12) Zon Tengah telah berlangsung pada 25hb Mei 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Alt

adminjkr


Melayu

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa  Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan International Seminar on Forensic Engineering 2023 (ISoF2023) seperti ketetapan berikut:

                       

Alt

adminjkr


Melayu

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah merasmikan Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) pada 29 Mei 2023 di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Kursus yang dilaksanakan buat julung kalinya ini akan berlangsung selama lima hari, melibatkan seramai 35 Syarikat Kontraktor Gred G7 yang telah lulus penetapan prasyarat Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan,YBhg. Dato' lr. Dr. Balamurugan a/I Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme - ALMP) Siri 77, Bil 2/2023 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 26 Mei 2023 sehingga 23 Jun 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 28 Mei 2023 (Ahad) bertempat di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menerima penganugerahan Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023 kategori PLATINUM dengan skor markah melebihi 90 peratus ke atas. Sijil penarafan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Alt

adminjkr


Melayu

Roadshow Garis Panduan Bagi Kerja Perlindungan, Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Rancangan Malaysia Ke-12 (GP Utiliti RMKe-12) Zon Tengah telah berlangsung pada 25hb Mei 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Alt

adminjkr


Melayu

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Hisyammuddin bin Harun, Jurutera Awam, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) Pegawai Kader JKR Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mei 2023 (Selasa) lebih kurang jam 6.00 petang akibat kemalangan jalan raya. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Forest Height (Econsave), Seremban, Negeri Sembilan.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 23 Mei 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya telah berlangsungnya satu Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan dan Dokumen Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2022 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya sejurus selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Organisasi JKR Malaysia Bil. 1/2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK ISMAIL BIN MAHMUD yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 Mei 2023.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK ISMAIL BIN MAHMUD  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman