Pada 17 Mac 2025, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Daif Wilayah Persekutuan Labuan (2021) - Pembinaan Bangunan Gantian Dan Bangunan Tambahan Di SMK Labuan, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan kepada YBrs. Tuan Yahya Ahmad Puteh (Menjalankan tugas Pengarah Pendidikan JPWPL), Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan dan seterusnya kepada Tn. Hj Mohd Nizam Yassim, Pengetua SMK Labuan.
Terimalah naskhah istimewa Jabatan Kerja Raya Malaysia bersempena Hari Raya Aidilfitri, berjudul “Lebaran Sempurna”.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati lah di jalan raya. Patuhi had laju dan papan tanda demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Video lirik ini dihasilkan sebagai pra-pelancaran kepada muzik video Hari Raya Aidilfitri JKR Malaysia.
Lagu dan lirik digubah sepenuhnya oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat menceritakan suasana hari raya yang saban tahun disambut oleh seluruh umat Islam, terutamanya di Malaysia.
Terimalah video lirik "LEBARAN SEMPURNA" JKR Malaysia untuk tatapan awal semua. Nantikan video penuh yang akan dipertontonkan pada hujung minggu ini.
Segala Puji Bagi Allah SWT, saban tahun sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, Majlis Ihya’ Ramadan Al-Mubarak Jabatan Kerja Raya ini telah diadakan pada 19 Mac 2025 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Majlis ini telah dihadiri hampir 200 tetamu yg terdiri daripada Pengurusan JKR Malaysia, para Jurutera Daerah dan warga JKR Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran mantan-mantan Ketua Pengarah Kerja Malaysia (KPKR) terdiri daripada:
Saksikan temu bual bersama YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya yang akan bersiaran secara langsung menerusi slot “Apa Khabar Malaysia”, saluran BERNAMA TV.
Topik temu bual yang bakal dikongsikan adalah “Hala Tuju & Aspirasi Pemerkasaan JKR Malaysia” pada jam 9.00 pagi, 20 Mac 2025 (Khamis).
Tontoni siaran secara langsung menerusi saluran Saluran Astro 502, unifi TV 631, MYTV 121 atau di media sosial rasmi BERNAMA TV:
“Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah Al-Isra’, ayat 88)
Al-Quran adalah mukjizat agung yang menjadi petunjuk bagi seluruh umat Islam. Semoga kita sentiasa istiqamah dan berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
20 Februari 2025 - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Penyerahan Surat Rasmi Perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Kerja-Kerja Naik Taraf Bangunan Blok B, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur telah diadakan di Bilik Cenderawasih, Tingkat 14 Menara PJD, Kuala Lumpur
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah mengadakan satu Pertandingan Reka Cipta Pin ‘IamJKR’ yang dibuka kepada seluruh warga JKR Malaysia bermula pada 19 Februari 2025 hingga 24 Februari 2025. Sebanyak 24 penyertaan telah diterima oleh urus setia CDPK sepanjang tempoh pembukaan penyertaan pertandingan ini.
Pada 12 Mac 2025, satu sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima 5, Aras 1, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur, berkaitan Pelaksanaan Dasar Baharu Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Faizal bin Buang; Encik Ikhwan bin Tamat dan Puan Aliah Nazurah binti Aminuddin Shah daripada Sektor Pengiktirafan & Pembangunan Kepakaran (ERD), JPA.
Pada 26 Februari 2025, Cawangan Jalan dengan usaha sama Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menganjurkan Program Antirasuah dalam Pelaksanaan Projek dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bertemakan ”Mencegah Ketirisan Dalam Pengurusan Perolehan & Kontrak Kerja” . Program ini telah berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan disertai seramai 68 orang pegawai Cawangan Jalan.