Pada 26 Februari 2025, telah diadakan Mesyuarat Libat Urus Pre-Approved Plans (PAP) Dan Inisiatif Cawangan Arkitek Peringkat Negeri (Zon Pantai Timur) 2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Ar. IDr. Ts. Zainal bin Hj. Mat Rais, Pengarah Khidmat Pakar & Pengurusan, Cawangan Arkitek bertempat di Bilik Gerakan JKR Negeri Terengganu.
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.
Program pensijilan pada kali ini juga mengguna pakai dua (2) Kerangka Pensijilan iaitu Kerangka Pensijilan Kumpulan Pengurusan dan Profesional 2024 dan Kerangka Pensijilan Kumpulan Pelaksana 2024.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah berjaya menyiapkan Projek Pemasangan Dan Menaiktaraf Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Serta SMS Notifikasi CCTV di Pejabat-Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Majlis penyerahan rasmi projek ini telah diadakan pada 28 Februari 2025, dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Gerakan, SPRM Negeri Pahang.
Kursus Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) merupakan kursus kompetensi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) pertama yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE). Kursus ini telah menerima pengiktirafan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sera kelulusan daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sebagai “HRD CORP CLAIMABLE”.
Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik, Cawangan Dasr dan Pengurusan Korporat (BPKS, CDPK) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah pada 24 Februari 2025 (Isnin), bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sebanyak 112 beg darah berjaya dikumpul melepasi sasaran, hasil daripada kerjasama para penderma darah yang terdiri daripada warga JKR dan penghuni, antaranya pihak Pengurusan Bangunan (FM) dan Pengawal Keselamatan.
Untuk makluman, JKR Malaysia melalui Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) telah membangunkan spesifikasi untuk lampu jalan solar LED. Sistem lampu jalan solar LED ialah sistem pencahayaan luaran yang kini telah mula digunakan di beberapa lokasi jalan raya seliaan jabatan.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. MALEK BIN HISHAM yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 Mac 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal Gred J3 di Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor pada 16 November 1992. Beliau juga telah berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Pada 27 Februari 2025 (Khamis), Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan iaitu Pembangunan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) di 18 Penjara bagi Penjara Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sekolah Henry Gurney (SHG) Keningau , Penjara Tawau dan Penjara Sandakan telah diadakan bertempat di Dewan Mini, Penjara Kota Kinabalu, Sabah,
Pada 8 Februari 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Pembinaan PRT Taman Keris/Batu 6 Lekir, Manjung, Perak. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selepas sesi tandatangan dokumen penyerahan projek.
25 Februari 2025 (Selasa) - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek bagi enam (6) projek di bawah pelaksanaan Cawangan Jalan telah dilaksanakan di Aras Mezzanine Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat Kerja Raya Malaysia.