Melayu

Pada 20 Februari 2025 (Khamis), Bahagian Integriti Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku Urusetia Induk dengan kerjasama JKR Daerah Hilir Perak telah mengadakan Program Kembara Integriti Siri 2 Tahun 2025 di JKR Daerah Hilir Perak bertujuan membudayakan integriti serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pegawai dan kakitangan JKR Daerah Hilir Perak.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 19 Februari 2025 (Rabu), Bahagian Integriti Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama JKR Daerah Sabak bernam telah menganjurkan Program Kembara Integriti Siri 1 Tahun 2025 (JKR Daerah Sabak Bernam) yang berlangsung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Program ini dihadiri seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKR Daerah Sabak Bernam. Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor; YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah berjaya menyiapkan Projek Pemasangan Dan Menaiktaraf Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Serta SMS Notifikasi CCTV di Pejabat-Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Majlis penyerahan rasmi projek ini telah diadakan pada 21 Februari 2025, dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang di Dewan Transformasi, SPRM Negeri Sembilan

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Simposium Cerun Negara 2025 pada 7-8 Mei 2025 bertempat di Putrajaya.

Program yang julung kali dianjurkan ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya membawakan tema Way Forward – National Slope Master Plan.

Objektif program ini adalah seperti berikut :-

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 17 Februari 2025 (Isnin), Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping telah berlangsung di Dewan Long Jaafar, Hotel Seri Warisan Taiping. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah JKR Negeri Perak selaku Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini kepada YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku pihak pelanggan.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Tabika Orang Asli Sungai Tekal, Jerantut, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Februari 2025 bertempat di tapak projek Tabika Orang Asli Sungai Tekal, Jerantut.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika kunci oleh YH. Dato' Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah JKR Negeri Pahang kepada YBrs. Encik Mohd Fadli Bin Che Soh, Penolong Pengarah (Khidmat Teknikal) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia selaku wakil kepada pihak pelanggan bagi projek ini.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 17 Februari 2025, Satu Sesi Brainstorming Penggunaan Kayu Dalam Pembinaan anjuran Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi telah diadakan bertempat di Bangi Resort Hotel.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Saiful Bahri Bin Salleh, Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Cawangan Arkitek dan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia. 

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perpustakaan dan Sumber Maklumat, Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat akan mengadakan Program 'Library2u@JKR' yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:            

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Sr Noraisah binti Kadirin, Pengarah Khidmat Pakar Gred Utama C di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Kanan memangku Juruukur Bahan Gred Utama B di Cawangan yang sama mulai 17 Februari 2025.

Alt

adminjkr


Melayu

17 Februari 2025 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi Kolej Vokasional (KV) Muar yang diketuai oleh Puan Siti Fitriah binti M.Rosly, Pensyarah Teknologi Pembinaan, bersama dua (2) pensyarah pengiring dan 23 pelajar dari aliran Teknologi Pembinaan. Pihak CPAB yang diwakili oleh Ir.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman